Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Arini korang berbuka puasa kat ne? kat bazar ker, makan kat restoran ke? or makan kat hotel? Saya plak Alhamdulliah (nak habaq mai saya ni jenis baguih larr..hihihihi)...setakat hari ker 16 Ramadhan, masih lagi berbuka kat rumah Pak Mentua..sep duit kann...hehehe...kami berdua (saya n Ahmad Azizi) belom ada kesempatan nak berbuka kat luar..lagi pon bagus buka kat umah ni (ceh ayat tenangkan jiwa, padahal nak berbuka kat Wong Solo), pas berbuka terus solat maghrib, pastu mengaji al-Quran sat sementara tggu masuk Isyak, Terawih....sambil sambil tu cuba bermesra ngan bakal pak/mentua mentua...kekononnya leh jadi menantu kesayangan..hihihi..berangan je lebey!!
SEmentara nak balik ni kojer ni..pe kata kita pi usha sat promosi promosi gila buffet Ramadhan kekononnya sedap giler, lazatnya, berkat, suci murni...dan diberkati Allah Taala...adoii..ayat..muntah! tapi berbaloi ker korang bayar mahal mahal nih?Malaysia malaysia......kadang kadang tak relevan pon ada.....harap harap yang fefeling rasa macam org PAS tuh tolong lar wat teguran membina seket kat pengusaha2 hotel...Gitewwww
berbaloi ker?
rasa lebey kurang kat bazar kannnnn?
ni kalo orang Turki nampak ni budaya bukak posa kita bemewah mewahan, haruslah diorang wat serangan jihad kat hotel hotel okeyyy
Berbuka mewah jadi isu di Turki ni berita sensasi saya kutip kat surat kabo....Kapitalisme betoi lahhhh...Malaysia bila pulak?
PENDUDUK Turki berbuka puasa beramai-ramai di Beylikduzu, Istanbul.
“Ini bukannya protes terhadap iftar ketika Ramadan semata-mata tetapi kami lakukannya kerana juadah besar ini menjadi lambang penduduk yang akur kepada cara kapitalis sejak 15 tahun lalu,” kata seorang peserta protes, Ihsan Eliacik kepada akhbar Hurriyet.
“Ketika orang miskin berhimpun di bawah khemah untuk mendapatkan makanan percuma, golongan kaya berkumpul di hotel. Malang sekali mentaliti konservatif di Turki mewujudkan jurang ini yang dianggap biasa sekarang,” katanya.
Seorang lagi penulis, Hidayet Tuksal, berpendapat isu ketidakadilan sosial termasuk jurang taraf hidup tidak banyak dibincangkan di kalangan kumpulan Islam.
Ihsan, bagaimanapun, tidak bersetuju dengan Hidayet dengan berkata: “Memberi kekayaan tidak semestinya dapat membantu menghapuskan ketidaksamaan taraf.
“Wujud jurang besar antara golongan kaya dan miskin di Turki. Orang kaya yang sedar perkara itu mendermakan wang mereka tetapi meneruskan cara hidup mereka,” katanya.
Perbahasan itu dilihat turut mempengaruhi ahli politik dengan speaker Parlimen, Cemil Cicek, yang baru-baru ini menghadiri majlis berbuka, mengkritik penaja kerana menggunakan meja mahal, manakala Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan turut menggesa semua pihak mengelak mengadakan iftar besar-besaran. – Agensi
No comments:
Post a Comment