Powered By Blogger

Tuesday, September 13, 2011

Rompakan berparang di Kedai Mamak


Samun restoran mamak: 
SHAH ALAM 13 Sept. — Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 Sept lepas di sini.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 Sept pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 Sept) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S.Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Katanya, seorang daripada suspek yang ditahan adalah antara mereka yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah rumah di Gombak.
Beliau berkata, kejayaan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes samun restoran mamak ini berjaya menahan suspek walaupun mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar dan jaket semasa merompak adalah hasil intipan yang berkesan.
Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha yang dilaporkan dicuri di Shah Alam, sebuah beg laptop, topi keledar dan jaket yang dipakai mereka semasa melakukan rompakan. — Bernama
 


Tiada ape perlu nak cakap, memang tak boleh blah... Malaysia bukan lah negara yang selamat lagi kawan2...slamber jer perompak ragut barang kemas..kemudian ambik laptop pelanggan...dah takde hati perut diorang ni..siap acu parang kat budak2..hagak2 lah...semalam tengok kat buletin utama, polis cakap da tangkap suspek umur 17 n 18 tahun...yang hangin plak org keling yg wat keje nihhh....macam harem lahhh!! so kawan2 sekalian...tak payah lar nak bwk laptop ker, galaxie tab ker, iphone, HTC menunjuk2 kat kawan lain kita ader gajet best2..sekali kena rompak, tergamammm abis...berputeh mata gamaknyaa...menangis kuaq ayaq mata berdarah sekali pon tak akan dapat balik barang2 kita...huhuhuhu
kita kena selalu berhati2 kwan kat mana2 pon..hatta kat umah sendiri pon... Mari lah kita berdoa supaya perompak2 lahanat ni kena tangkap dengan segera...

2 comments:

  1. Aaa dengo tu.......kepada sesiapa yang suka main internet guna Henpon (xkira la HTC ke.....pe ke, jangan tunjuk2 sgt....bahayo..

    ReplyDelete
  2. aikkk..terasa kot...huhuhu..nasib baik perompak tu x ambik hp bdk2 tuh...sian lar

    ReplyDelete

Pengumpat Fefara