Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di
UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa
sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada
disana.
PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari
penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa
Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah
selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah
memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah
oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah
Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada
MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul
Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka
melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita
(ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh
Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus
darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84%
daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan
ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah
di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA
ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun
1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu
penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri
dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan
revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain
seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat
di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan
kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis
sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini
ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di
negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah
menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut
kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah
meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2
lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu
lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka
untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan),
maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu
peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang
pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2
diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah
dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka.
Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti
bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid.
Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang
menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah
dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam
plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar
Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan
mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi
kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang
terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula
daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi
bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2
juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati
tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu
wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah
Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama
Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah
mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau
dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh
mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh
mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan
agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam
Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam
Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan
sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU
1-Masa depan
kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih
30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka
ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan
melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh
rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil
pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya.
Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi
ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan
Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria
merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq
kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi
telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang
sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1-
Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2,
kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya
yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu
manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu
mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan
bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman,
teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong
Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang
menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang
berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya
supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia
bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan
terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual
Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel.
Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak
satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan
yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita
banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah
dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak
dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan
video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para
pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut
dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman
lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100
dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas
Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan
menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam
Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj
sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan
katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah
perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu
sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Firman Allah
dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang
lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah
kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah
menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)
 |
This is what happens to the mouth
of a person who says the word “Freedom” in Syria. O ALLAH please do help
our brothers and sisters there..ameen | | | | | | |
Credit to FB
Muhammad Nur Aufa