Powered By Blogger

Sunday, May 15, 2011

Hantaran Kahwin Saya!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


mula mula check in dulu kata kafe ni......
Fefara Mellisa just checked in @ Coffee Classic sec 7 (Bandar Baru Bangi, Selangor)
foursquare
hehehehe.....guna hp HTC Desire..harus lar check in check in

so arini plan mngadap youtube, download Maharaja Lawak..( da lama tertinggal, 3 minggu beb)

pe yer nak wat..pikir pasal hantaran lar..baru semangat sket nak kawin kan..hehehehe...gatai!

Mula mula list dulu pepatot...
ok...tarik napas panjang panjang...
nak kasi kat Mr Azizi nih...request xhingatt (saya pon nak minta melampau2 gak...bila lagi nak pau kan?..dulu time bercinta xde minta minta handbag , kasut...so time ni lah yang terbaik)

ok Hantaran untuk Lelaki (Mr Azizi) harap2 dia mau setuju lar k...

1) Tepak Sireh
2) Handphone Nokia E7
3) Mark & Spencer Shirt
4) CLARK shoes
5) Men Set Mark & Spencer (wallet, belt, tie)
6) Perfume BVLGARI (Aqva Pour Homme Toniq Bvlgari for men)
7) Godiva Chocolate

hehehehe......budjeting RM3000...mahai kott














nanti saya pikir ape nak plak yerr


adiossss









Saturday, May 14, 2011

Golongan Anti Hadis

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

salam semua...arini saya nak berkongsi pengalaman yang menarik untuk kekawan semua...
Jumaat baru2 ini, masa tu saya serta kawan lelaki india pergi lunch time orang lelaki pergi sembahyang jumaat kat kedai briyani kat carrefour cheras selatan (berhampiran dengan Jusco Balakong)....ader 2 org lelaki india muslim sibuk layan customer, tapi ikotkan kedai bkan lah sesak macam McD pada pndangan saya naper tak pegi solat jumaat...pelikann...kebetulan kawan india (hindu) saya berkawan dengan anak owner kedai briyani ni....
semasa lepak kat kedai diorang ni, kawan india hindu saya ni bertnya kepada saya, adakah saya percaya tahun depan (2012), akan kiamat...so saya pon cakap lar saya percaya pada quran n hadis...only Allah knows when it happen....pastu saya citer lar sket2 pasal tanda tanda kiamat...salah satunya turunnya Nabi Isa @ Jesus...kemudian kawan india saya ckp kat kwan dia si India Muslim :"I told u, jesus will appear before kiamat"..  pastu reaksi kwan india muslim ni cam terkejut..(mula2 saya ingat dia mesti da tau pasal tanda2 besar kiamat, yelah buku agama kan byak tulis pasal tanda2 kiamat)...so dia tnya saya si India Muslim tu..."so where u got diz info?", so i told him, "everything in Qoran, are u read qoran?" sya tnya dia balik...sya pon cuak plak tetiba...dia geleng2 kepala...alasan dia cakap watpe nak bace quran kalo tak paham maksud....Mmm betul jugak dia cakap, tapi sya ckap baca pon dapat pahala...xpaham bahasa qoran, leh baca qoran yang ader terjemahan dlm bm atau english....
pastu dia cakap bapak dia kaji alqoran 25 tahun, tapi tak pernah jumpa pasal Nabi Isa akan turun sebelum kiamat...tetiba dia cabar saya "i give u 100,000 dollar if u found jesus in qoran!! but i found in bible!why?why?...tetiba dia tinggikan suara...adoiiii...dalam hati saya cakap, apsal aku boley jumpa org spesis macam dia....pastu saya cakap "kan dalam hadis pon ader citer pasal Nabi ader bagi tau pasal tanda2 besar kiamat"...jawapan paling saya tak duga mamat india muslim tu cakap "i'm AntiHadith!!" the only one i trust qoran...becoz with hadis, we not sure between fake hadith or original....dalam hati saya berightifar jer banyak2 jumpe orang islam yang tak guna....pastu saya diam jer...pastu dia tanya soalan kat saya bertubi tubi macam saya ni ulamak islam

soalan pertama: kenapa di Malaysia, kalo non Muslim kna convert jadi muslim kalo nak berkahwin dengan orang Islam?(saya jawab kna ikut syariah law, pastu dia ckap syariah law bkn dari quran, so dia declare syariah law sangat kejam, pastu saya diam je)
-  for ur information, lelaki india muslim ni berkahwin dengan adik kawan india (hindu) saya...tapi isteri dia tak convert ke islam yang betul..still lagi pergi ke kuil walaupon sudah daftar islam kat perkim...diorang memang suka kawin campur cara di India dan Indonesia...kerana tiada paksaan menukar agama jika berkahwin dengan pasangan bukan berlainan agama.
- keluarga india muslim juga tidak pernah menunaikan solat jumaat, dengan alasan tiada suruhan dalam kitab al-quran....


soalan kedua: kenapa ada 4 mazhab dlam islam, sedangkan kita sembah Allah yang satu, ada Nabi yang satu?why?(saya tak tau nak jawab...sori saya xde idea time tuh)

soalan ketiga: pasal tanda2 kiamat yang xde tulis dalam alqoran (sya ckap biar btul dia ckap ni)

soalan keempat: soalan yang agak memeningkan saya, tak sangka dia nak tnya soalan2 yang korang pon tak pernah terpikir : kenapa pada zaman nabi Adam, anak2 dia berkahwin adik beradik...sedangkan dalam islam tak boleh berkahwin dengan sedara atau adik beradik (saya pon xberani nak komen pape)

solution: saya cakap saya berpegang kepada Alquran n Hadis, pastu saya blah dari kedai dia...biar lah dia berdebat org yang sesuai dengan dia...
kemudian saya balik rumah, kembali mngadap laptop..mencari kembali ilmu2 yang saya tinggal dahulu..

laman website sya suggest untuk korang baca pasal golongan anti ni
http://www.pekanrabu.com/zubir/antihadis.html

ni blog untuk golongan anti hadis...be careful kawan2
http://www.e-bacaan.com/artikel_antihadis.htm

ni statement dari mufti selangor pasal golongan anti hadis ni


1. Penyelewengan dari sudut akidah:
a. Menolak hadis secara total sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam.
b. Menolak dua kalimah syahadah.
c. Menolak kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar.
d. Memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran.
e. Mempertikaikan kesahihan ayat-ayat al- Quran.
f. Mendakwa kiamat akan berlaku pada 1710H/2280M.
g. Menolak berlakunya seksaan kubur selepas mati.
h. Menafi kan kedudukan Nabi Adam A.S. sebagai manusia pertama ciptaan Allah S.W.T.
i. Menolak kemaksuman para Nabi.


2. Percanggahan dari sudut syariah:
a. Menolak pensyariatan sembahyang.
b. Menolak ketetapan hukum fi qh Islam tentang aurat wanita.


3. Percanggahan dari sudut akhlak:
a. Menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah S.A.W.
b. Mencerca dan memfi tnah para Ulama’.
c. Mencabar dan mempertikaikan kewibawaan pihak berkuasa agama.
d. Tidak mengikut displin ilmu-ilmu Islam.


1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa buku-buku iaitu:

(a) “Hadis Satu Penilaian Semula”.
(b) “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, yang ditulis oleh Kassim Ahmad.
(c) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu”.
(d) “Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman.
(e) Buku “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali.
(f) Buku “The Computer Speaks - God’s Message To The World” yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa.
(g) Risalah “Iqra" terbitan Jemaah al-Quran Malaysia.

Adalah mengandungi, antara lain ajaran dan fahaman yang menolak hadith sahih (iaitu hadith
yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan
Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran. Oleh yang demikian, bukubuku dan risalah itu adalah mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan ‘aqidah, syariah dan akhlak Islam.

 OLEH ITU
(a) Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman -fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang dinyatakan dalam perkara (1) adalah murtad;

(b) Percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perkara (1) termasuk;
(i) Apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) Apa-apa terjemahannya dalam apa-apa
bahasa;
(iii) Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada manamana buku atau risalah itu;
Pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, adalah haram;

(c) Pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahamanfahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perkara (1) adalah haram;

(d) Adalah haram bagi orang Islam menjadi anggota atau memimpin atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan mana-mana kumpulan yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang
terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perkara (1)

plez refer :http://www.muftiselangor.gov.my/EBook/Download/KoleksiArtikelIstinbat/Golongan%20Anti%20Hadis.pdf



SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnyasepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
    • Asap,
    • Dajjal,
    • Binatang,
    • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
    • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
    • Yakjuj dan Makjuj,
    • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
    • sekali di barat dan
    • yang ketiga di Semenanjung Arab
    • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

    Pengumpat Fefara